Showing posts with label FROM THE BOOKS. Show all posts
Showing posts with label FROM THE BOOKS. Show all posts

Tuesday, 4 June 2013

Pembukaan Segala Rahsia

Pada waktu dan ketika ini sedang mendengar 'ceramah percuma'. Maka dikongsikan apa kiranya dapat disebar dan dirasai bersama.
Pesanan: Kalau bapak atau ibu kita berbicara....sila dengar ya. Walaupun kita sudah tidak mampu lagi untuk menadah telinga mendengar bicara yang sama. Ingat ya....bapak kita ada masanya stres dan sekadar mahu kita menjadi pendengar sahaja. Ya Allah...beri kan daku kekuatan untuk menjadi pendengar bagi hambaMU ini. Moga bermanfaat bagi diri ku kelak selaku anak perempuan yang sangat berdosa ini.


USAHA & AKAL

Yang manakah dikatakan usaha pada hamba?

Yang dikatakan usaha pada hamba ialah Allah Taala menzahirkan perbuatan-NYA pada hamba. Inilah yang dikatakan usaha.Yang manakah dikatakan manausia yang tidak berakal?

Sabda Nabi (saw), mafhumnya:"Manusia yang tidak berakal itu ialah...
a. Orang yang melebihkan dunia daripada akhirat.
b.Orang yang suka membanyakkan harata dan kurang amalan.
c. Orang yang melebihkan harta daripada amalan dan menuntut ilmu."

TANDA HATI MATI & TANDA HATI HIDUP

Tanda orang yang hatinya mati itu ialah tidak ada perasaan sedih apabila tertinggal ibadat (hilang ketaatan kepada Allah Taala) sama ada zahir mahupun batin. Bahkan ia tidak menyesal, terhadap sesuatu perbuatan maksiat yang dilakukannya.

Tanda orang yang hatinya hidup itu pula ialah dia akan berasa sedih jika ketaatannya kepada Allah Taala tidak dapat dilakukan (tertinggal). Bahkan ia berasa menyesal terhadap sesuatu perbuatan maksiat yang dilakukan dengan tidak sengaja.

Sumber: http://www.jahabersa.com.my/tasawwuf/pembukaan-segala-rahsia

Tuesday, 3 April 2012

Jodoh Itu Milik Kita

"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali. ”- Aariz + Dahlia
Blogger Writer Sara Aisha

PS: Nusrat lebih rela berkahwin dengan seseorang yang tidak dikenali berbanding seseorang yang dikenali pada awalnya namun sebenarnya kita tidak pernah mengenalinya.

Sunday, 25 March 2012

Profil Manusia


BEBERAPA orang ulama telah menggolongkan ragam manusia seperti berikut:

Menurut Imam al-Ghazali
  • Seseorang yang mengetahui dan mengerti bahawa dirinya itu mengetahui, itulah dia seorang yang alim. Maka ikutilah mereka.
  •  Seseorang yang mengetahui tetapi tidak tahu bahawa dirinya itu tahu, itulah orang yang tidur, maka bangunkanlah ia.
  • Seseorang yang tidak mengetahui dan mengetahui bahawa dirinya tidak mengetahui, itulah dia orang yang minta petunjuk, maka berikanlah ia petunjuk.
  • Seseorang yang tidak mengetahui dan tidak mengerti bahawa dirinya itu tidak mengetahui, itulah dia orang yang bodoh.
Menurut Al-Ustaz Fathi Yakun:
  •  Manusia yang hidupnya hanya untuk dunia.
  • Manusia yang hidupnya tidak untuk dunia dan juga tidak untuk akhirat.
  • Manusia yang menganggap kehidupan di dunia sebagai ladang akhirat, yakin, dunia sebagai tempat beramal untuk bekalan akhirat.
Menurut Muhammad Abduh:
  •  Manusia yang hidupnya mengejar kebendaan atau materialistik.
  • Manusia yang mengerjakan amalan dunia seimbang dengan amalan akhirat.
 Sumber: Perjalanan Hidup Manusia oleh Drs Haji T. Wahidin Soekarno, terbitan Pustaka Al-Mizan (m.s 1)

Friday, 16 March 2012

Cinta Sufi: Pelayaran di Perairan Sungai Tangkak


"Jangan lekas marah panglima. Ia tidak baik untuk jiwa.
~ Saifudin (Laksamana Sunan)

Dalam termengah nafas, Saifudin memuji ALLAH dengan zikir Asmaul Husna. Setelah selesai puji-pujian itu sampai kepada 99 nama ALLAH, maka Saifudin pun melanjutkannya dengan ayatul Kursi. Dibaca berulang-ulang sehingga lenguh lidahnya. Berehat sejenak dan melanjutkan lagi zikrullah Asmaul Husna. Begitulah sepanjang perjalanan sehingga Saifudin terlupa akan penderitaan yang dialaminya kini.

Bapa asuhannya telah banyak mengajari Saifudin kehebatan nama-nama Allah serta kekuatan ayatul Kursi. Menyebut-nyebut dan mengingati ALLAH itu turut digolongkan kepada perbuatan ibadah yang disebut sebagai zikrullah. Arwah Wali Sufi mengukuhkan ajarannya dengan berpegang pada kitab suci Al-Quran. Antaranya surah Al-Baqarah ayat 152. Firman ALLAH - Kerana itu ingatlah kamu kepada-KU, nescaya AKU ingat padamu, dan bersyukurlah pada-KU, dan jangan kamu mengingkari nikmat-KU.

Dan kala ini, Saifudin berpegang dan bertawakal kepada ALLAH. Yang menghairankan, lelaki berduka dari tanah Rencong itu mampu bertahan.

Petikan novel Cinta Sufi oleh Ramlee Awang Murshid (Bab 17 m.s 138-139)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...