Showing posts with label FOR HER. Show all posts
Showing posts with label FOR HER. Show all posts

Thursday, 4 October 2012

Obses & Jatuh Cinta Berkali-kali


FOTO
Pernah bercinta tak? Siapa pernah bercinta dan berkahwin dengan cinta hatinya? Maknanya jodoh itu panjang dan memang Allah tetapkan si dia itu pasangan hidup kita. Tetapi sejauh mana jodoh kita dengan pasangan itu cerita lain. Aunty tak nak bercerita mengenai itu. Aunty cuma nak kongsikan betapa aunty dapat rasakan memilih buku dan memperoleh teman / pasangan hidup ada persamaan. Kepada 'kaki buku' mungkin pernah rasa apa yang aunty rasa. Aunty biasanya akan masuk kedai buku dengan penuh rasa teruja dan semangat. Kalau wanita lain 'excited' sangat dengan dunia fesyen dan segala bagai butik, aunty sebaliknya. Alhamdulillah aunty sudah anggap perasaan ini satu yang normal dan yang terbaik Allah kurniakan dalam hati aunty. Kalau pergi dalam keadaan demam silap haribulan boleh sembuh dari demam. Dan kalau pergi dalam keadaan stres , Insyaallah akan hilang dibawa angin. Dan sejak zaman berpengajian hinggalah ke zaman berkarier ini, aunty akan cuba mencari satu tempat yang ada banyak 'himpunan perkataan' di dalamnya. Biasanya begitulah. Rasanya mereka yang obses dengan buku sahaja dapat merasai 'angau' dek 'panahan asmara' buku-buku yang pada aunty paling 'mencairkan kalbu'.

Nak kenal dengan siapa aunty sempat 'berkenalan' dalam masa satu jam?

Kisah cinta dalam Al-quran
Tika Bidadari Berbisik
Tokoh idola muslimah
Berdua lebih baik
U-turn ke jalan lurus
Golongan yang didoakan malaikat
Allah is calling
Mencari pasangan hidup
Tuhan sedang menguji kita (Ustaz kazim elias)
Wanita yang dirindui syurga
La tahzan kerana cinta
La tahzan gadisku
La tahzan kerana jodoh

Pada awalnya aunty mencapai Berdua Lebih Baik. Tapi di akhir perkenalan ... aunty memilih untuk membawa pulang Tika Bidadari Berbisik sebagai satu lagi koleksi peribadi. Alhamdulillah. Moga ini keputusan dan pilihan yang terbaik!

PS: Kepada 'kenalan' yang lain...usah berkecil hati ya...ada rezeki Ilahi aunty singgah lagi dan akan 'menyunting' anda semua sebagai koleksi!!!






Monday, 24 September 2012

Single Terbaru KRU 'Wanita' Ditujukan Khas Untuk Ibu!


Aunty sempat dengar promo lagu terbaru KRU di Astro Awani lewat malam semalam. Ada sesiapa yang dengar tak??? All I can say is ... best! Talking about this group...teringat zaman sekolah dulu...suka sangat dengan KRU. You all pun kan? Terutamanya yang lahir era tahun 1970-80 an for sure dapat merasai fenomena KRU satu ketika dulu. 

OK...berbalik pada tajuk, untuk pengetahuan anda, bahagian korus memang 'catchy' and very menyentuh perasaan (touching) bagi setiap wanita yang mendengar. Very heart feeling! No wonder lagu tersebut khas ditujukan untuk ibu mereka Puan Zarina Fenner. Bertuah badan, dan tentu-tentu sejuk perut ibu mengandung bila ada anak-anak yang begitu menghargai jasa ibu. Anyway....Aunty cuba buat carian Internet semalam memang belum dimuat naik. Rasanya next week baru akan di muatkan di YouTube. Wallahualam. Tapi ada lirik sebagai pengubat kalbu. So...di samping suka tuju lagu pada kekasih hati yang belum tentu jadi hak milik, apa kata para lelaki budiman di luar sana tujukan lagu ini pada ibu masing-masing ...terutamanya anak lelaki. Sayang ibukan semua???? 



"Secara asasnya lagu itu dibuat untuk menghargai semua wanita tetapi bagi kami tiga beradik ia adalah satu penghargaan buat ibu kami yang banyak memberi tunjuk ajar, memberi nasihat dan sentiasa berada di sisi kami," Norman, KRU

Lagu: KRU

Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Korus: 
Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah

Setia didalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita


Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu
Menenangkan kalbu
Jangan kau hampakan cintanya yang tulus

Itulah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita

Sumber: http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/9/16/mstar_hiburan/20120915194505&sec=mstar_hiburan

PS: KRUNOMENA bakal berada di pasaran November depan!

Thursday, 31 May 2012

41 Kelebihan Wanita Solehah

Foto

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1.000 lelaki jahat.
6. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.
7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.
9. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.
10. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah Surga.
12. Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.
13. Surga itu dibawah telapak kaki ibu.
14. Apabila memanggil engkau dua orang Ibu Bapakmu, maka jawablah panggilan Ibumu dahulu.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Surga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
16. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga shalat dan puasa).
17. Perempuan apabila Shalat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Surga mana saja yang dia kehendaki.
18. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Shalat.
20. Aisyah ra berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.
21. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Surga terlebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).
22. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat istrinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
23. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak.
24. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhoan suaminya akan memasuki Surga.
25. Jika suami mengajarkan istrinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Surga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.
28. 2 rakaat shalat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.
29. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
30. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.
31. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mangurniakan satu pahala haji.
33. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan kabarkan berita bahwa Surga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya (ASI) kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun shalat dan puasa.
38. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
39. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
40. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Surga.

Sumber: http://johneox.wordpress.com/41-darjat-wanita-solehah/

Nota: Aunty bangga lahir sebagai wanita. Cuma kena konsisten berusaha capai 'title' solehah. Bukan senang ok. Sebab wanita itu sendiri seorang yang lemah dan selalu dihambat cabaran duniawi. At least...we try!

Tuesday, 8 May 2012

30 Bisnes Bagi Wanita


Senarai 30 bisnes paling laris, berpotensi dengan prospek cerah untuk dilaksanakan. Sebagai rujukan dan inspirasi aunty kongsikan individual/blog/site yang aunty kenal secara langsung dan tidak langsung yang boleh dikatakan 'arif' dalam bidang masing-masing.

  1. Penghasilan ais krim
  2. Aneka coklat (Coklat 4u: http://www.coklat4u.com/ver2/)
  3. Makanan kering (keropok, kerepek, apalam, dan sebagainya)
  4. Snek dan biskut
  5. Buahan jeruk
  6. Cenderahati untuk pelbagai majlis.
  7. Bunga kering/segar untuk hiasan rumah, pejabat dan sebagainya.
  8. Dobi untuk kemudahan pekerja dan pelajar IPT. (Washmatic Laundry: http://www.washmatic.com.my/home)
  9. Taska (Bengkel taska tadika: http://www.bengkeltaskatadika.com/)
  10. Nurseri haiwan.
  11. Katering. (Kak Nah: http://kaknahkatering.blogspot.com/)
  12. Ikan hiasan (Edu-site: http://ikanhiasankhtahun5.blogspot.com/)
  13. Menjahit pakaian.
  14. Salun kecantikan.
  15. Spa kesihatan.
  16. Fotokopi dan penjilidan.
  17. Print digital.
  18. Kelas tuisyen.
  19. Kursus bahasa. (KnowledgeCentre: http://knowledgecentre.wordpress.com/category/)
  20. Kelas komputer.
  21. Kelas memasak.
  22. Roti, kek, dan kuih-muih. (Sufe Home Recipe: http://sufehomerecipe.blogspot.com/)
  23. Sewa kenderaan.
  24. Produk MLM. (Wakil Tranfer Factor 4Life Kelantan: http://nikhasrizaltf.blogspot.com/)
  25. Insurans dan takaful. (Agen MAA Takaful: http://www.facebook.com/nikhasrizal)
  26. Perniagaan secara online.
  27. Urutan dan refleksologi.
  28. Menulis. (Penulis prolifik Malaysia: http://www.zamrimohamad.com/)
  29. Tanaman dan lanskap taman.
  30. Hiasan dalaman.
** Aunty cuma nak tambah 1 lagi...Kelas andaman/mekap ;)

Sumber: Wanita & Bisnes tulisan Ann Wan Seng (Majalah Anis Bil. 177 Mei 2012)

 Nota: Dalam bisnes fokus (refer: niche) itu penting!

Monday, 7 May 2012

The Romantic Side of Awal Ashaari

This is brought to all fans a video from CandidSyndrome.


"Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang barulah terasa ku bernyawa."



PS: "I need your love without a doubt for me to feel alive."

Sunday, 15 April 2012

Meraikan Diri Sendiri Dengan Cara Tersendiri



Assalamualaikum muslimin dan muslimah yang diredhai-Nya...
Apa khabar ya ukhti ya ikhwan?

Dua hari lepas Nusrat berinai. Ini bukan 'inai paluan kompang' , ini inai 'Reward Yourself'. Dan paling penting sebelum ni pun (rasanya tahun lepas) Nusrat pernah berinai. *Rasanya semua tahu betapa pentingnya untuk kita semua menghargai dan menyayangi diri terlebih dahulu. Eh...ada kaitan ke dengan inai? Hmmm whatever.........anyway sometime we have to reward our ownself and pamper ourself.


 
Dan semalam seorang user yang nak guna PC (perempuan) di tempat kerja bertanya, " Eh..Kak B kahwin ke? Tak jemput pun saya eh..."

Erk.Secara automatik Nusrat terpandang jari sendiri. Alamak! "Errr .. tak lah. Insyaallah. (Senyum sikit tanda penghargaan sebab dia very alert).

Nusrat ada terbaca mengenai hukum berinai di satu laman. Nusrat kongsikan mana yang penting. Selebihnya anda baca dan Google Sdn Bhd OK!

 | BERINAI dilihat sebagai salah satu cara untuk berhias khasnya sewaktu hendak bersanding. Inai digunakan dengan bermacam cara, dan selalunya cara itu meluas mengikut trend semasa. Jika dahulu inai hanya digunakan untuk memerahkan kuku, jejari dan telapak tangan, tetapi sekarang ia lebih menjurus kepada ukiran seperti ukiran berbentuk bunga, hati, bintang dan seumpamanya.


Apakah HUKUM BERINAI dan adakah berinai dengan cara membuat ukiran di tangan itu dibenarkan oleh syara‘? *Terdapat perbezaan hukum berinai bagi lelaki dan perempuan.

Pertama: Hukum berinai bagi lelakiBerinai pada dua tangan dan kaki bagi kaum lelaki hukumnya adalah HARAM kecuali kerana darurat seperti berinai untuk berubat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Salma, khadam Rasulullah SAW, katanya: “Tidak mengadu seseorang kepada Rasulullah SAW tentang sakit di kepalanya melainkan Baginda berkata: “Berbekamlah”, dan tidak mengadu seseorang kepada Baginda tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda berkata: “Inaikanlah keduanya”.
(Hadis riwayat Abu Daud)

"Amalan sesetengah pengantin lelaki berinai di jejari tangannya adalah haram hukumnya."

Manakala berinai pada uban dan janggut adalah SUNAT bagi lelaki, sama ada dengan warna merah atau kuning. Akan tetapi bukan dengan warna hitam,  kerana berinai dengan warna hitam adalah HARAM sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhuma:
“Dibawa Abu Quhafah pada hari penaklukan Makkah ke hadapan Rasulullah SAW dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka Rasulullah SAW bersabda: “Ubahkan (warna rambut dan janggut) kamu dengan sesuatu dan jauhi (warna) hitam.”
(Hadis riwayat Muslim)

Kedua: Hukum berinai bagi perempuan.Hukum berinai bagi perempuan adakalanya SUNAT, adakalanya MAKRUH, bahkan adakalanya HARAM mengikut keadaan, status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak dan bagaimana cara perempuan itu berinai.

"Sunat bagi perempuan berinai ketika berihram."

i. Berinai yang sunat
Berinai ketika hendak melakukan ihram bagi perempuan sama ada perempuan tua atau yang muda, yang bersuami atau yang tidak bersuami (janda atau belum berkahwin) hukumnya adalah sunat. Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram.


ii. Berinai yang makruh
Berinai bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak bermaksud untuk berihram hukumnya adalah makruh.


iii. Berinai yang haram
Berinai dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak, seperti berinai dengan warna hitam hukumnya adalah haram. Begitu juga haram berinai bagi perempuan yang berkabung kerana kematian suami.



Nusrat simpulkan di sini, sangat jelas Islam tidak pernah melarang umatnya untuk berhias asalkan berhias itu selari dengan apa yang disyariatkan syara‘. Bahkan Islam sangat sukakan umatnya cantik dan bersih sepanjang masa. Selain menjaga perhubungan sesama manusia, dengan berhias sederhana adakalanya boleh menaikkan tahap self-esteem kita. Insyaallah.


Sumber: http://ijoks2009.blogspot.com/2010/01/hukum-berinai-mufti-brunai.html

PS: Nusrat berinai sekadar meraikan dan manjakan (pamper) diri sendiri! Nampaknya jatuh MAKRUH...Wallahualam. *Apa-apa pun Nusrat suka melawan arus!

Sunday, 22 January 2012

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

WALLAHUALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...