Showing posts with label BOOKS. Show all posts
Showing posts with label BOOKS. Show all posts

Sunday, 30 December 2012

Don't Browse In Bookshops


"I despair of ever getting it through anybody's head I am not interested in bookshops, I am interested in what's written in the books. I don't browse in bookshops, I browse in libraries, where you can take a book home and read it, and if you like it you go to a bookshop and buy it."
~ Helene Hanff, Duchhess of Bloomsbury Street

Thursday, 4 October 2012

Obses & Jatuh Cinta Berkali-kali


FOTO
Pernah bercinta tak? Siapa pernah bercinta dan berkahwin dengan cinta hatinya? Maknanya jodoh itu panjang dan memang Allah tetapkan si dia itu pasangan hidup kita. Tetapi sejauh mana jodoh kita dengan pasangan itu cerita lain. Aunty tak nak bercerita mengenai itu. Aunty cuma nak kongsikan betapa aunty dapat rasakan memilih buku dan memperoleh teman / pasangan hidup ada persamaan. Kepada 'kaki buku' mungkin pernah rasa apa yang aunty rasa. Aunty biasanya akan masuk kedai buku dengan penuh rasa teruja dan semangat. Kalau wanita lain 'excited' sangat dengan dunia fesyen dan segala bagai butik, aunty sebaliknya. Alhamdulillah aunty sudah anggap perasaan ini satu yang normal dan yang terbaik Allah kurniakan dalam hati aunty. Kalau pergi dalam keadaan demam silap haribulan boleh sembuh dari demam. Dan kalau pergi dalam keadaan stres , Insyaallah akan hilang dibawa angin. Dan sejak zaman berpengajian hinggalah ke zaman berkarier ini, aunty akan cuba mencari satu tempat yang ada banyak 'himpunan perkataan' di dalamnya. Biasanya begitulah. Rasanya mereka yang obses dengan buku sahaja dapat merasai 'angau' dek 'panahan asmara' buku-buku yang pada aunty paling 'mencairkan kalbu'.

Nak kenal dengan siapa aunty sempat 'berkenalan' dalam masa satu jam?

Kisah cinta dalam Al-quran
Tika Bidadari Berbisik
Tokoh idola muslimah
Berdua lebih baik
U-turn ke jalan lurus
Golongan yang didoakan malaikat
Allah is calling
Mencari pasangan hidup
Tuhan sedang menguji kita (Ustaz kazim elias)
Wanita yang dirindui syurga
La tahzan kerana cinta
La tahzan gadisku
La tahzan kerana jodoh

Pada awalnya aunty mencapai Berdua Lebih Baik. Tapi di akhir perkenalan ... aunty memilih untuk membawa pulang Tika Bidadari Berbisik sebagai satu lagi koleksi peribadi. Alhamdulillah. Moga ini keputusan dan pilihan yang terbaik!

PS: Kepada 'kenalan' yang lain...usah berkecil hati ya...ada rezeki Ilahi aunty singgah lagi dan akan 'menyunting' anda semua sebagai koleksi!!!






Saturday, 21 April 2012

Madinah Munawawwarah Kelebihan dan Sejarah

Assalamualaikum bloggers yang dirahmati Allah SWT...

Mungkin agak lama Nusrat tidak berkongsi mengenai buku. Kebetulan Nusrat bermalam di rumah kedua orang tua. Dan Insyaallah esok sebelum Subuh bergerak ke 'teratak' semula.

Nusrat ingin kongsikan sebuah buku. MADINAH MUNAWWARAH KELEBIHAN DAN SEJARAH. Tulisan Dr. Abdul Basit Abd. Rahman. Terbitan Telaga Biru. Setebal 256 muka surat termasuk ruangan catatan pembaca di bahagian belakangnya.

Seperti selalu, sebaik melihat kaver hadapan, teruja...Nusrat balikkan buku untuk membaca apa yang ada di bahagian belakang buku. Tertulis begini...
**************************************************************
Buku "Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah" ini mendalami sejarah asal usul dan ketamadunan pembinaan pusat perkembangan agama Islam. Di samping itu, pembaca juga dapat mencungkil hikmah yang terdapat di sebalik kewujudan bandar istimewa ini. Jadi sebelum para jemaah merancang atau bercita-cita untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah, ambillah masa untuk meneliti dan membaca buku inibagi menyelami hikmah dan kepentingan Madinah di sisi Islam.

Gambar rajah,peta dan gambar disertakan sebagai panduan dan maklumat berguna buat pembaca. Semua fakta lengkap dengan dalil daripada al-Quran dan hadis sahih.


Dr. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman@Abu Anas Madani
Dilahirkan di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan. Pendidikan awal di Pondok Sungai Durian. Kemudian mendapat ijazah B.A (Syariah), M.A(Syariah) dan Ph.D (Syariah ) dari Universiti Islam Madinah.

Jawatan:
  • Musyrif (penyelia) Pondok Sungai Durian,Kuala Krai Kelantan.
  • Pensyarah Jabatan al-Syariah KIAS kelantan.
  • Pembimbing jemaah haji syarikat Ash-har Travel & Tours.
  • Panel program "Tanyalah ustaz" TV9, "Al-Kuliyyah" TV3 dan penceramah undangan di radio IKIM.fm dalam program "Pondok Warisan".
  • Di samping itu, beliau menerima jemputan ceramah dan kuliah di seluruh negara.
**************************************************************
BAB 1: NAMA DAN KELEBIHAN KOTA SUCI MADINAH

"Ya Allah jadilah kami mengasihi Madinah sebagaimana kami mengasihi Makkah atau lebih lagi, dan sihatkan Madinah (daripada wabak penyakit), dan berilah keberkatan kepada gantang dan cupaknya serta pindahkan humma (penyakit) di Madinah dan jadikan  ia di Juhfah."

Sahih Bukhari no. 3926, Sahih Muslim no. 1376.

Dan menurut satu blog yang Nusrat sempat singgah boleh baca di sini Mesti Baca Buku Ini Sebelum Ke Makkah dan Madinah entri tulisan saudara Muzir di blog beliau Muzir Wordpress.

Dengan 9 bab kesemuanya dan tidak terlalu 'berat' untuk dihadamkan. Dan menurut kata seorang hamba Allah, kualiti kertas buku ini sangat baik. Foto di dalamnya juga jelas dan menarik. Sesiapa yang membaca buku ini, pasti terasa satu 'tarikan' untuk menjejakkan kaki ke Madinah. Sekurang-kurangnya mendapat gambaran. Nusrat sebenarnya tak sempat baca kesemuanya. Sekadar membelek dan terjumpa kesan-kesan lipatan di hujung helaian juga bekas ditanda dengan highlighter berwarna kuning.

Selain itu, Nusrat dapati ada sedikit tulisan di bahagian depan selepas belekan pertama. Tertulis begini...

Istimewa buat: Mami & Abah
Dari: Anak-anak mu
10/4/12
*Ada emotikon senyum di situ*

Dan di sebelah kiri pula tertulis begini....
TERIMA KASIH 
ANAK KU DENGAN
BUKU INI DAPAT
MAMI MEMBACA
DAN MENGHAYATI
AMIN...

Nota: Rupanya ini pemberian adik di bawah Nusrat (kami bertemu sebulan 2/3 kali biasanya kerana tuntutan pengajian) kepada mereka berdua. Terima kasih kerana mewakili kami semua adik beradik.

Sunday, 4 March 2012

Act Like A Lady Think Like A Man (Versi Bahasa Melayu)

Buku ini hasil karya Steve Harvey pelawak terkenal (antarabangsa). Dan naskah yang pinky blue-comelz ini hasil terjemahan dan dedikasi istimewa Cikpuan Hasnah Daud.

Naskah ALALTLAM di sisi Nusrat.
Serius...judul yang 'best' bukan? Kandungannya juga 'super best'
EDISI ISTIMEWA untuk semua yang bernama wanita!
Senarai bab yang membuatkan wanita bertukar menjadi 'As curious as a cat' (:-P)
Perbezaan toman dan kelisa. Pancing sehingga anda berjaya!
Paling memeranjatkan, rupanya lelaki SANGAT MENGHORMATI STANDARD seorang wanita. Gulp!
Wanita jadilah seorang wanita apabila bersama dengan lelaki.

PS: Sebenarnya wanita yang nampak 'physically strong and independent' perlukan seorang lelaki melebihi wanita yang sudah terbiasa dikelilingi lelaki. 

*Nak tahu apa 3 perkara yang diperlukan lelaki? Nusrat berikan katakunci (hint) iaitu DSS. Masih lagi belum dapat jawapan? Dapatkan buku ini A.S.A.P!

"SELAMAT MENYELUSURI MINDA LELAKI" 

Tuesday, 27 December 2011

Bahagianya Merayakan Cinta



Karya 'sangat best' Salim A.Fillah

Ada perkataan PAVILION di dalam buku ini. 

Tarikh beli: 26 Dis 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...