Showing posts with label AD-DIN (الدين‎). Show all posts
Showing posts with label AD-DIN (الدين‎). Show all posts

Tuesday, 4 June 2013

Pembukaan Segala Rahsia

Pada waktu dan ketika ini sedang mendengar 'ceramah percuma'. Maka dikongsikan apa kiranya dapat disebar dan dirasai bersama.
Pesanan: Kalau bapak atau ibu kita berbicara....sila dengar ya. Walaupun kita sudah tidak mampu lagi untuk menadah telinga mendengar bicara yang sama. Ingat ya....bapak kita ada masanya stres dan sekadar mahu kita menjadi pendengar sahaja. Ya Allah...beri kan daku kekuatan untuk menjadi pendengar bagi hambaMU ini. Moga bermanfaat bagi diri ku kelak selaku anak perempuan yang sangat berdosa ini.


USAHA & AKAL

Yang manakah dikatakan usaha pada hamba?

Yang dikatakan usaha pada hamba ialah Allah Taala menzahirkan perbuatan-NYA pada hamba. Inilah yang dikatakan usaha.Yang manakah dikatakan manausia yang tidak berakal?

Sabda Nabi (saw), mafhumnya:"Manusia yang tidak berakal itu ialah...
a. Orang yang melebihkan dunia daripada akhirat.
b.Orang yang suka membanyakkan harata dan kurang amalan.
c. Orang yang melebihkan harta daripada amalan dan menuntut ilmu."

TANDA HATI MATI & TANDA HATI HIDUP

Tanda orang yang hatinya mati itu ialah tidak ada perasaan sedih apabila tertinggal ibadat (hilang ketaatan kepada Allah Taala) sama ada zahir mahupun batin. Bahkan ia tidak menyesal, terhadap sesuatu perbuatan maksiat yang dilakukannya.

Tanda orang yang hatinya hidup itu pula ialah dia akan berasa sedih jika ketaatannya kepada Allah Taala tidak dapat dilakukan (tertinggal). Bahkan ia berasa menyesal terhadap sesuatu perbuatan maksiat yang dilakukan dengan tidak sengaja.

Sumber: http://www.jahabersa.com.my/tasawwuf/pembukaan-segala-rahsia

Monday, 22 October 2012

Santapan Rohani

FOTO
 Sejak akhir-akhir ini, Aunty kerap menerima pertanyaan dan rungutan dari beberapa teman sahabat yang mengalami masalah seperti tidak tenang, rungsing, tidak bersemangat dan berserabut (fikiran). Di sini aunty sekali lagi mahu kongsikan tip yang berguna yang boleh dijadikan amalan hasil saranan dan perkongsian seorang Ustaz.

Membaca sebanyak mungkin sebagai amalan harian sebagai 'makanan rohani' ...
  1. Istighfar
  2. Selawat Nabi Muhammad SAW
  3. Al-Fatihah
  4. Al-Ikhlas
  5. Al-Kafirun
  6. An-Nas
  7. "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah"
Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. 
(Hadis Riwayat Tabrani)

PS: Islam itu agama yang mudah lagi menenangkan kalbu bagi yang tahu. Usah disempitkan minda. Untuk permulaan ... mungkin kita boleh amalkan 17x setiap ayat/surah setiap hari. Insyaallah.


Friday, 19 October 2012

Air Penawar (Home Made)

FOTO
Assalamualaykum |

Aunty nak kongsikan 1 tip untuk ibu bapa muda zaman sekarang yang kalau-kalau ada menghadapi masalah anak-anak yang 'kurang mendengar kata', susah nak fahami ilmu, susah nak hafal sifir (eh eh ...boleh juga ke?)... bah kan untuk sesiapa sahaja yang bermasalah seperti pelupa, pemarah, sukar nak fokus dalam beribadat, dan untuk diri sendiri, anda, si dia, kamu dan juga kamu!

Aunty sempat titipkan tip ini semasa mendengar ceramah seorang ustazah sempena Karnival Mahabbah IKIM di Stadium Kota Bharu Kelantan yang lalu menerusi siaran langsung radio IKIM.FM.

Kaedahnya, bacakan sendiri:
  1. Al-Fatihah 17x
  2. Kursi 17x
  3. Al-Ikhlas 17x
  4. Al-Hasyr ayat 21 hingga 24
Kemudian hembuskan pada air bersih dan diminum (diberi minum) selama 3 hari tanpa meminum air yang lain.

Niatkan begini: "YA ALLAH...BERSIHKANLAH TUBUH BADANKU (DAN ANAK-ANAK KAMI) DARI SEBARANG KEKOTORAN BAIK DARI PUNCA YANG HARAM MAHU PUN YANG SYUBHAH."



Insyaallah...

*Air bersih seperti air mineral, air putih atau air zamzam.

Tak semestinya kena jumpa Ustaz...buat sendiri pun boleh kan? 

Selamat mencuba...selamat beramal!
 
PS: Makanan zaman sekarang mewah dengan segera, cepat siap, dan sedap dimakan .. tak hairanlah hati kita banyak yang  dah makin gelap. Mungkin itu salah satu sebab ada masanya kita rasa 'kosong'. Wallahualam.

# OK...fine... aunty also took express foodies and all that ;-}

*(Teringat lagu Kosong nyanyian Najwa Latif)  ^_^


Sunday, 23 September 2012

Labbaikallah

Menurut Hasan (cucu Rasulullah S.A.W), ciri-ciri haji mabrur, ialah bila seseorang kembali dari haji itu, ia mencintai akhirat dan tidak menghiraukan dunia.



Part 2
http://www.youtube.com/watch?v=mzlRKIJU-5k&feature=relmfu
http://www.youtube.com/watch?v=nOPy152t1L8&feature=relmfu
http://www.youtube.com/watch?v=tkrLrUhG3fA&feature=relmfu
http://www.youtube.com/watch?v=X1iQeL58QQw&feature=relmfu


Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan-ni'mata
Laka walmulk
Laa sharika lah.

O my Lord, here I am at Your service, here I am.
There is no partner with You,
here I am.
Truly the praise
and the provisions are Yours,
and so is the dominion and sovereignty.


INSYAALLAH...we will celebrate Aidiladha on the 10th day of Zulhijjah, the 12th (last) month of the Muslim calendar.


RESOURCE: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2006%2F12%2F28%2Fcentral%2F16418542&sec=central

Monday, 17 September 2012

ALLAH is Our Objective

PHOTO
ALLAH is our objective,
THE PROPHET is our leader,
THE QURAN is our law,
DYING IN THE NAME OF ALLAH is our highest objective.

Friday, 24 August 2012

10 Surah That Prevent 10 Things


1) Surah Al-Faatihah prevents the Anger of Allah.
2) Yaa-Seen prevents Thirst on the Last Day.
3) Surah Ad-Dukhan prevents Calamities on the Last Day.
4) Surah Al-Waaqi’ah prevents Poverty.
5) Surah Al-Mulk prevents Tortures of the Grave.
6) Surah Al-Kauthar prevents Enemity (“enemy”).
7) Surah Al-Kaafiroon prevents the State of Disbelief at Death.
8) Surah Al-Ikhlas prevents Hypocrisy.
9) Al-Falaq prevents Envy.
10) An-Naas prevents the Whispering of the Devil.

Monday, 2 July 2012

Seeking Allah's Counsel



A SERVANT OF ALLAH HAD SHARED AND WANTING TO LISTEN TO THESE VIDEO ATTENTIVELY & MAKE A FIRM DECISION




Thursday, 31 May 2012

41 Kelebihan Wanita Solehah

Foto

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1.000 lelaki jahat.
6. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.
7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.
9. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.
10. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah Surga.
12. Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.
13. Surga itu dibawah telapak kaki ibu.
14. Apabila memanggil engkau dua orang Ibu Bapakmu, maka jawablah panggilan Ibumu dahulu.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Surga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
16. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga shalat dan puasa).
17. Perempuan apabila Shalat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Surga mana saja yang dia kehendaki.
18. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Shalat.
20. Aisyah ra berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.
21. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Surga terlebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).
22. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat istrinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
23. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak.
24. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhoan suaminya akan memasuki Surga.
25. Jika suami mengajarkan istrinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Surga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.
28. 2 rakaat shalat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.
29. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
30. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.
31. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mangurniakan satu pahala haji.
33. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan kabarkan berita bahwa Surga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya (ASI) kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun shalat dan puasa.
38. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
39. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
40. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Surga.

Sumber: http://johneox.wordpress.com/41-darjat-wanita-solehah/

Nota: Aunty bangga lahir sebagai wanita. Cuma kena konsisten berusaha capai 'title' solehah. Bukan senang ok. Sebab wanita itu sendiri seorang yang lemah dan selalu dihambat cabaran duniawi. At least...we try!

Tuesday, 15 May 2012

Impak Asmaul Husna (The Impact of Asmaul Husna In Daily Life)

http://sdialazhar14.wordpress.com/_galeri-foto-2_/asmaulhusna/
 AR-RAHMAN(MAHA PEMURAH)-5x dan hembus dalam air selepas solat fardhu dan berikan pada anak minum bagi rajin belajar.

AL-MUHAIMIN(MAHA PELINDUNG/PENJAGA)-40x tiap hari bagi merasa aman dan tenteram.

AL-AZIZ(MAHA MULIA/PERKASA)-40x selama 40 hari bagi dikenali ramai dan disanjung tinggi.

AL-MUTAKABBIR(MAHA MEGAH)-11x sebelum bersatu dengan isteri bagi mendapatkan anak yang sihat dan menjadi muslim yang baik.

AL-WAHHAB(MAHA PEMBERI)-41x disujud terakhir solat sunat dhuha,Insyaallah dirahmati harta yang banyak.

AR-MU'IZ(MAHA PEMBERI KEMULIAAN)-41x malam Isnin dan malam Jumaat selepas solat maghrib,Insyaallah menjadi orang yang mulia.

AL-MUZIL(MAHA MERENDAHKAN)-75x setiap hari terhindar dari perbuatan jahat, ancaman dan dengki.

AL-HAKAM(MAHA MENGHUKUM)-99x setiap hari,Insyaallah menjadi bijak dan mudah faham.

AR-KHABIR(MAHA WASPADA)-9x sebelum tidur-Jika ingin melihat sesuatu yang sangat penting atau tempat-tempat yang sebagainya.

AL-HALIM(MAHA PENYANTUN)-88x selepas solat fardhu bai kedudukan di tempat kerja akan stabil dan meningkat.1x dibaca Al-Fatihah dengan 10x asma ini pada telinga orang sakit,Insyaallah ia akan sembuh.

AL-GHAFUR(MAHA PENGAMPUN)-51x dihembus pada anak,Insyaallah anak itu menjadi orang yang baik.

AS-SHAKUR(MAHA MENGHARGAI)-41x setiap hari bagi menyelesaikan masalah kewangan,fizikal & mental.

AL-HAFIZ(MAHA PEMELIHARA/PELINDUNG)-16x sehari bagi mengelak bahaya banjir dan ribut petir.

AL-MUQIT(MAHA MEMBERI KEPERLUAN)-21x setiap hari bagi menghindar dari kemiskinan dan penyakit.

................*The list is endless*.......................

INSYAALLAH. ISTIQAMAH.

PS: The Messenger of Allah (Peace and blessings be upon him) said, "Knowledge is only through study."

Friday, 11 May 2012

Kenapa Hati Menjadi Keras



Dalam satu hadits Nabi SAW yang mulia, Nabi ada sebut kepada kita, "Kurangkanlah kita daripada bercakap selain daripada, berzikir kepada Allah SAW, kerana orang yang banyak bercakap akan menyebabkan hatinya keras."

Dan di hujung hadith tu Nabi sambung, Nabi kata ''Dan orang yang paling jauh dengan Allah ialah orang yang hatinya keras." ~ Ustaz Don Daniyal

Nota: Elakkan gosip, mengumpat, mengata kerana semua ini hanya akan membuatkan hati kita keras.

Tuesday, 1 May 2012

Ubat Hati Yang Paling Mujarab

  • Menyerahkan diri kepada wali mursyid agar ditarbiah atau dididik secara rohani sebagaimana seorang pesakit menyerahkan dirinya kepada doktor untuk dirawat.
  • Zikrullah, selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., membaca al-Quran dan sebagainya mengikut panduan gurunya yang mursyid.
  • Melazimi majlis para ahlillah iaitu majlis para sufi dan majlis-majlis zikir mereka.

Friday, 24 February 2012

Al-Baqarah - Ayat: 156 (Mengenai Musibah)

اَلَّذِيْنَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ قَالُوْا إِنَّا ِللهِ وَ إِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
(156) (Yaitu) orang-orang yang apabila menimpa kepada mereka suatu musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kita ini dari Allah, dan sesungguhnya kepadaNya­lah kita semua akan kembali.

Nabi SAW berpesan: “Hendaklah kamu baca Quran dengan menitis air mata. Kalau kamu tidak boleh menitis air mata, kamu paksa keluarkan air mata.”
Berjaya titiskan airmata. 1 titis sahaja ;)


Monday, 20 February 2012

Fi Aman Allah

I just received a mail from a Paki friend. And at the very last line written there , my-first-time-heard  ....

"FI AMAN ALLAH...."

So what does it mean by this phrase? After GOOGLE-ed it and found out the result as below.

This phrase 'fi aman Allah' as a substitute for 'goodbye'.
Resource: http://www.masabih.org/showthread.php?t=5043

Some say/prefer to use till then or until we meet again to name a few. I think we should use this 'barakah' phrase in our daily life. Much meaningful words I believe for muslims.


Let's find out more.

Fi aman Allah from Nusrat!

Sunday, 5 February 2012

Maulidur Rasul 1433H

Salam Maulidur Rasul .... Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini 5 hb Feb 2012 bersamaan hari Ahad. Alhamdulillah dengan sehari bercuti ini moga kita dapat meluangkan masa dengan perbanyakkan selawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. Dan memperingati pengorbanan Baginda Rasulullah SAW sepanjang zaman demi memperjuangkan Islam.  


Ayuh berselawat ke atas Nabi SAW

Salah satu kisah menarik mengenai betapa tingginya kasih sayang Rasulullah SAW  

 Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”

Saturday, 4 February 2012

Maula Ya Salli Wa Sallim






"O my Lord send peace and blessings  upon your Beloved (PBUH) Muhammad s.a.w. The best of all creations."

Erti Zuhud

Dalam keterangan Imam Ahmad dan Ibn Majah menerangkan bahawa Abu Zar berkata:sesungguhnya
Rasulullah SAW pernah bersabda:Yang dimaksudkan dengan zuhud di dunia ini bukanlah dengan
mengharamkan  yang halal,dan juga buka dengan membelanjakan harta, akan tetapi yang dimaksudkan
dengan zuhud di dunia ialah:Hendaklah lebih berpegang kepada apa yang ada pada Allah, daripada apa yang ada di tanganmu, dan hendaklah kamu lebih menyenangi pahala yang ada dalam musibah,sehingga kamu menginginkan supaya musibah itu terus kekal pada dirimu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...