Showing posts with label MY IMAM. Show all posts
Showing posts with label MY IMAM. Show all posts

Monday, 30 January 2012

Insan Bernama Kekasih

Nusrat pertama kali dengar lagu IBK di dalam kereta seorang teman (my colleague). Terus jatuh cinta suka. Bila? Hmmm...masa on the way nak ke majlis kenduri makan (Maulud) juga rakan setugas. Risik punya risik rupanya UNIC. Thanks to our brother Amir yang sudi share this song.


Kepada calon imam Nusrat, peluang sentiasa ada. Cerah bak mentari lagi! Maka, teguhkan iman di dada, dapatkan kekuatan terlebih dahulu dan sampai masa nanti...kita bertemu dalam situasi yang diredhaiNya. Insyaallah.

PS: Setiap lagu ada manisnya ;-)

Friday, 27 January 2012

Hantaran

AMALAN berbalas barang hantaran adalah adat Melayu sebagai tanda kasih sayang di antara kedua-dua pihak keluarga. Biasanya, barang hantaran diberi mengikut bilangan ganjil dan hantaran daripada pihak perempuan biasanya melebihi daripada pihak lelaki.

Nusrat cuba meluangkan masa memikirkan apakah yang sesuai mengikut perkiraan hati.

"Kita cuma mampu merancang, Tuhan yang menentukan." ~ Nusrat




Monday, 9 January 2012

Song #1 For Him

"Dear my in-future-and-forever husband,
This song is for you. Because I believe in you. I hope you'll believe and have faith in me too.
Bless. Insyaallah."


Friday, 30 December 2011

Perayaan Cinta

Assalamualaikum wahai saudara merangkap calon imam Nusrat satu ketika nanti,

Hari ini penghulu segala hari. Pastinya saudara sudah berwangi-wangi dengan pakaian kemas menzahirkan ketenangan diri untuk menyembah Pencipta kita tatkala solat Jumaat nanti. Harapan moga calon imam sentiasa berada dalam keberkatan Ilahi.

Ada bingkisan kecil untuk saudara. "Selamat menunaikan solat Jumaat."

TIGA PERAYAAN CINTA, SEBUAH USAHA

Buku ini, Barakallahu Laka, Bahagianya merayakan Cinta adalah usaha kecil kita dalam memaknakan pernikahan dengan keberkatan.

Saya cuba menggali makna di sebalik doa diucapkan saudara sekalian kepada para pengantin baru, "Barakallahu laka, wa barakallahu alaika, wa jama'a bainakuma fil khair".

Doa ini terdiri daripada 3 bahagian. Maka buku ini juga saya bahagikan kepada 3 perayaan cinta.


Perayaan Pertama berkait dengan doa kita, 'barakallahu laka' atau 'semoga Allah memberkatimu.'

Perayaan Kedua bahagian daripada doa kita yang berbunyi 'wabarakallahu alaika' atau
'Semoga Allah melimpahkan berkat ke atasmu.'

Perayaan Ketiga mewakili harapan atau bahagian daripada doa. Seru yang berbunyi 'wa jama'a bainakuma fil khair' atau 'semoga Allah menghimpunkan kalian dalam kebaikan.'

Kita sedang menghalakan wajah kita ke satu kata iaitu 'berkat'. Terdapat banyak jalan yang ditawarkan bagi menuju kebahagiaan namun tiada yang menjamin pengakhiran yang baik kecuali kita MEMILIH mengutamakan BERKAT.

Benarlah, berkat itu dalam keadaan apa juga membawa kebahagiaan. Ada cetusan gembira dalam hati, kelapangan di dada, kejernihan pada akal dan rasa nikmat pada jasad! Berkat itu memberikan suasana yang lain dan mencurahkan keceriaan musim bunga walau apa juga masalah yang sedang melanda rumahtangga kita.

Berkat itu membawakan senyuman meski pun air mata menitik-nitik. Berkat itu menusuk rasa rindu di tengah-tengah kejengkelan. Berkat itu memberikan kelapangan dan belaian lembut pada saat dada kita sesak dengan masalah.

Sumber: Bahagianya Merayakan Cinta oleh Salim A.Fillah (Penterjemahan oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...