Wednesday, 28 December 2011

Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK)

Pernah dengar PJK? Nama lainnya seperti tajuk di atas. Seluruh negara kita sudah ada pusat ini. Nak tahu lanjut layari PJK.COM.MY untuk lihat pusat yang ada berdekatan kediaman anda. Untuk makluman semua, cakap tentang PJK , sekarang sangat sinonim dengan  LATIHAN 1MALAYSIA. Hasil Google Search tadi tak menampakkan hasilnya kecuali ada satu artikel tentang betapa 'Asingnya Latihan 1Malaysia' di salah sebuah PJK di Bachok Kelantan.

PJK hanya ada di luar bandar sahaja. Kenapa? Logiknya untuk 'MERAPATKAN JURANG DIGITAL'. Maknanya kerajaan Malaysia mengimpikan rakyat di kawasan ini 'CELIK IT'. PJK juga diwujudkan khas bagi semua lapisan usia dan bangsa. Konsepnya juga seperti kafe siber cuma terdapat kelas/latihan berorientasikan teknologi maklumat & komunikasi (TMK) di samping mahu berkolaborasi dengan komuniti setempat berkaitan dengan komputer dan penggunaan Internet. Secara peribadi, PJK sesuai dan mesra-pengguna terutama bagi pelajar dan penuntut di IPTA/IPTS. Dan sejauh mana para pelajar kita menggunakan peluang (OPPORTUNITIES) yang disediakan? Sama-sama kita doakan agar kita semua tidak 'tidur' atau 'buat-buat tidur' dengan kemudahan yang kerajaan berikan setakat ini. Insyaallah.

Baca selanjutnya di sini.

Mengenai Jalur Lebar Kebangsaan klik dan baca.
Layari juga Portal PJK Jelawat untuk keterangan lanjut.Terima kasih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...