Monday, 22 October 2012

Santapan Rohani

FOTO
 Sejak akhir-akhir ini, Aunty kerap menerima pertanyaan dan rungutan dari beberapa teman sahabat yang mengalami masalah seperti tidak tenang, rungsing, tidak bersemangat dan berserabut (fikiran). Di sini aunty sekali lagi mahu kongsikan tip yang berguna yang boleh dijadikan amalan hasil saranan dan perkongsian seorang Ustaz.

Membaca sebanyak mungkin sebagai amalan harian sebagai 'makanan rohani' ...
  1. Istighfar
  2. Selawat Nabi Muhammad SAW
  3. Al-Fatihah
  4. Al-Ikhlas
  5. Al-Kafirun
  6. An-Nas
  7. "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah"
Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. 
(Hadis Riwayat Tabrani)

PS: Islam itu agama yang mudah lagi menenangkan kalbu bagi yang tahu. Usah disempitkan minda. Untuk permulaan ... mungkin kita boleh amalkan 17x setiap ayat/surah setiap hari. Insyaallah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...