FOTO |
Aunty nak kongsikan 1 tip untuk ibu bapa muda zaman sekarang yang kalau-kalau ada menghadapi masalah anak-anak yang 'kurang mendengar kata', susah nak fahami ilmu, susah nak hafal sifir (eh eh ...boleh juga ke?)... bah kan untuk sesiapa sahaja yang bermasalah seperti pelupa, pemarah, sukar nak fokus dalam beribadat, dan untuk diri sendiri, anda, si dia, kamu dan juga kamu!
Aunty sempat titipkan tip ini semasa mendengar ceramah seorang ustazah sempena Karnival Mahabbah IKIM di Stadium Kota Bharu Kelantan yang lalu menerusi siaran langsung radio IKIM.FM.
Kaedahnya, bacakan sendiri:
- Al-Fatihah 17x
- Kursi 17x
- Al-Ikhlas 17x
- Al-Hasyr ayat 21 hingga 24
Niatkan begini: "YA ALLAH...BERSIHKANLAH TUBUH BADANKU (DAN ANAK-ANAK KAMI) DARI SEBARANG KEKOTORAN BAIK DARI PUNCA YANG HARAM MAHU PUN YANG SYUBHAH."
Insyaallah...
*Air bersih seperti air mineral, air putih atau air zamzam.
Tak semestinya kena jumpa Ustaz...buat sendiri pun boleh kan?
Selamat mencuba...selamat beramal!
PS: Makanan zaman sekarang mewah dengan segera, cepat siap, dan sedap dimakan .. tak hairanlah hati kita banyak yang dah makin gelap. Mungkin itu salah satu sebab ada masanya kita rasa 'kosong'. Wallahualam.
# OK...fine... aunty also took express foodies and all that ;-}
*(Teringat lagu Kosong nyanyian Najwa Latif) ^_^
No comments:
Post a Comment