Salam Maal Hijrah kepada semua pembaca setia AUNTY NUSRAT....!
Assalamualaikum. Aunty terlewat lagi sekali. Kita sudah pun masuk ke tahun baru Hijriah 1434. Apa matlamat dan impian terbaru kita semua? Aunty yakin ada yang 'carry forward' matlmaat tahun lalu atau mungkin ada yang tak rasa apa-apa pun dengan penghijrahan kali ini. Terpulang kepada kita. Harapnya ada 'sesuatu' dalam tahun baru masing-masing. Dan aunty nak bercerita sikit tentang dosa. Seram rasanya bila sebut perkataan 'dosa' kan? Lagi seram berbanding jumpa hantu.
Percaya atau tidak, apa yang kita tak pernah terlintas akan lakukan...akhirnya menjadi realiti. Apa yang kita takutkan berlaku...akhirnya berlaku juga. Padahal kita sepenuh hati berdoa padaNYA minta dijauhkan dari perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Tapi ... ujian itu datang juga. Dan kita telah melakukan satu lagi dosa yang baru. A very fresh sin! Kepada yang mengalami perkara sebegini...aunty nasihatkan supaya jangan sedih atau rasa 'down' ok. Yakinlah ini semua ujian dariNYA. Dan bear in mind...DIA tak akan 'hadiahkan' ujian yang tak mampu diterima makhlukNYA. So everything happened for a reason right? Life is all about reasoning bukan? Are we reasonable enough? Well think ....
Apa yang aunty nak kongsikan....dalam kita menyambut kedatangan tahun yang baru, memang ada masanya kita terlupa, lalai dan terleka daripada menyembah -NYA dan menuruti suruhan-NYA. Ada yang patuh suruhanNYA namun tetap teruskan laranganNYA. See...life is not easy right? But we have to trust in Islam which exist to make things easy for us all. Kita semua tahu bukan..Dah tak ada agama lain yang sempurna melainkan Islam. Hakikatnya manusia ini begitu fitrahnya...cenderung kepada perkara yang jelas salah, berdosa, dan merosakkan. Padahal kita semua ini berpendidikan lagi dilahirkan Islam (born as a muslim). Di mana silapnya? Aunty selalu juga fikir-fikirkan.
Kepada kita semua, termasuk diri aunty yang khilaf di sini suka diingatkan untuk kita segera BERTAUBAT daripada melakukan dosa-dosa yang sudah tentu akan meninggalkan kesan ke atas diri kita. Kesan....jika tidak pada diri kita...berhujung kepada generasi dan anak cucu cicit kita pula. Wallahualam. Tiba-tiba aunty bercerita mengenai dosa. Pahalanya mana? Apa-apa pun ... sebesar mana kesalahan dan dosa kita terhadapNYA...yakinlah dengan keampunanNYA yang meluas kerana kasih sayang Allah kepada makhlukNYA tersangatlah indah dan tak tergambar dek kata-kata. Wallahualam.
Penunjuk baca quran buatan sendiri. Guna kertas dan lipat dengan kemas. |
"SALAM MAAL HIJRAH DARIPADA AUNTY"
PS: Aunty beli naskah baru sempena tahun baru! Entah kenapa tergerak hati nak beli satu dan simpan di rumah 'lagi satu'.
No comments:
Post a Comment