Seorang wanita itu
Walaupun bagaimana keras zahirnya
Masih tersimpan santunnya
Seorang wanita itu
Walau mencuka panjang sedepa
Masih tetap akan terbibit manisnya
Seorang wanita itu
Walau ditahan-tahan airmatanya
Pasti akan menitis jua akhirnya
Seorang wanita itu walau nampak lemah kudratnya
Didalam tersimpan energi yang tak mampu ditandingi
Sesiapapun wanita itu
Tetap cantik dipandangan Allah
Kerana lantunan imannya
Kerana sendu rindunya
Dalam larutan tahajud dia berlagu....
(Dipetik dari http://sitifarrahshahwir82.blogspot.com/2012/06/wanita-panahan-hati.html)