Thursday, 4 October 2012

Obses & Jatuh Cinta Berkali-kali


FOTO
Pernah bercinta tak? Siapa pernah bercinta dan berkahwin dengan cinta hatinya? Maknanya jodoh itu panjang dan memang Allah tetapkan si dia itu pasangan hidup kita. Tetapi sejauh mana jodoh kita dengan pasangan itu cerita lain. Aunty tak nak bercerita mengenai itu. Aunty cuma nak kongsikan betapa aunty dapat rasakan memilih buku dan memperoleh teman / pasangan hidup ada persamaan. Kepada 'kaki buku' mungkin pernah rasa apa yang aunty rasa. Aunty biasanya akan masuk kedai buku dengan penuh rasa teruja dan semangat. Kalau wanita lain 'excited' sangat dengan dunia fesyen dan segala bagai butik, aunty sebaliknya. Alhamdulillah aunty sudah anggap perasaan ini satu yang normal dan yang terbaik Allah kurniakan dalam hati aunty. Kalau pergi dalam keadaan demam silap haribulan boleh sembuh dari demam. Dan kalau pergi dalam keadaan stres , Insyaallah akan hilang dibawa angin. Dan sejak zaman berpengajian hinggalah ke zaman berkarier ini, aunty akan cuba mencari satu tempat yang ada banyak 'himpunan perkataan' di dalamnya. Biasanya begitulah. Rasanya mereka yang obses dengan buku sahaja dapat merasai 'angau' dek 'panahan asmara' buku-buku yang pada aunty paling 'mencairkan kalbu'.

Nak kenal dengan siapa aunty sempat 'berkenalan' dalam masa satu jam?

Kisah cinta dalam Al-quran
Tika Bidadari Berbisik
Tokoh idola muslimah
Berdua lebih baik
U-turn ke jalan lurus
Golongan yang didoakan malaikat
Allah is calling
Mencari pasangan hidup
Tuhan sedang menguji kita (Ustaz kazim elias)
Wanita yang dirindui syurga
La tahzan kerana cinta
La tahzan gadisku
La tahzan kerana jodoh

Pada awalnya aunty mencapai Berdua Lebih Baik. Tapi di akhir perkenalan ... aunty memilih untuk membawa pulang Tika Bidadari Berbisik sebagai satu lagi koleksi peribadi. Alhamdulillah. Moga ini keputusan dan pilihan yang terbaik!

PS: Kepada 'kenalan' yang lain...usah berkecil hati ya...ada rezeki Ilahi aunty singgah lagi dan akan 'menyunting' anda semua sebagai koleksi!!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...