Sunday, 30 September 2012

MALAYSIA & BAJET 2013



'BAJET ORANG MUDA'

Tertarik dengan tajuk utama Sinar Harian Sabtu 29 September berbunyi 'bajet orang muda'. Nampaknya 2013 bajet khas bagi golongan 'muda-cakda' . Jadi kepada mereka yang terasa diri muda dan kekal muda, mungkin bajet ini ditujukan khas untuk kita. Dan apakah peranan atau tanggungjawab mereka yang muda ini dalam pembangunan negara? Tepuk dada, tanyalah hati sendiri!

Apa-apa pun ....jom kita lihat, nilai dan fahami maksud 'tersirat' di sebalik bajet tersebut.

  1. REBAT RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G
  2. DISKAUN 20% pembayaran sekaligus pinjaman PTPTN
  3. DISKAUN 10% pembayaran pinjaman PTPTN secara konsisten!
  4. BR1M RM250 bagi individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan < RM2000 
  5. HAD Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10000 untuk suami isteri dan RM5000 seorang dengan nilai haratanah tak lebih RM400000
  6. BAUCAR BUKU RM250
IMBUHAN BAGI RAKYAT (*DISKAUN)
  1. DISKAUN separuh harga tambang komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3000.
  2. 1.4 juta ahli Perkeso diberi pemeriksaan kesihatan percuma bernilai RM200 juta.
  3. DISKAUN seprauh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk 5 tahun dan RM80 untuk 2 tahun.
  4. 40000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.
  5. RM100 juta diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.
  6. Pemeriksaan PERCUMA mamagram untuk 100000 wanita.
  7. REBAT kepada belia (21-30 ) tahun RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.
  8. HAD PENDAPATAN Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10000 untuk suami isteri dan RM5000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak melebihi RM400000.
  9. BONUS 1 bulan setengah kepada penjawat awam.
  10. BRIM 2.0 RM250 kepada individu bujang berusia 21 ke atas berpendapatan RM250.
  11. DISKAUN separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.
  12. BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100 kepada pelajar diteruskan.
  13. BAUCAR BUKU RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.
  14. PELEPASAN CUKAI SSPN dinaikkan daripada RM3000 kepada RM6000.
  15. PEMBERIAN DISKAUN 20% kepada penyelesaian sekaligus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2012)
  16. DISKAUN 10% kepada pembayar PTPTN yang konsisten.

...DEDIKASI KHAS BAGI ORANG MUDA

Dan pada hemat aunty, yang jelas 3 bajet di bawah ditujukan khas , lagi teristimewa untuk golongan muda.Walau bagaimana pun, RM6 billion menjurus untuk membantu golongan muda berbanding RM200 billion adalah keseluruhan bajet.

  1. BR1M 2.0 RM250
  2. Diskaun 20% kepada peminjam PTPTN
  3. Had pendapatan bagi Skim Rumah Pertamaku 
INTIPATI BAJET 2013

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.

* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.

* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.

* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar

* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.

* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.

* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* DanaInfra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.


DI ANTARA TRIVIA BAJET 2013
  • Bajet 2013 peruntuk RM251.6 billion bagi melaksanakan langkah, program, dan projek pembangunan.
  • Bertemakan "Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat: Sebuah Janji Ditepati"
  • Juga dikatakan sebagai 'bajet orang muda'.
  • Strategi 'menambat hati' pengundi muda.
  • Pengagihan bajet tertumpu bidang pendidikan demi pembangunan negara.
  • Membela semua rakyat daripada yang muda, wanita, pencen hingga warga emas.


LAMAN RASMI BAJET 2013

VIDEO UCAPAN PENUH BAJET 2013 OLEH PERDANA MENTERI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...