Saturday, 22 September 2012

'Budak Lelaki Sebelah Pintu'

Blogger bernama penuh Nurhizami Abd. Rahim berusia 24 tahun ini merupakan guru yang kini 'dipinjamkan' ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka. Mula berjinak-jinak dengan dunia blog pada 2009 ketika bergelar pelajar UPSI. Pernah bercita-cita menjadi seoranng doktor, bomba, askar, polis, cikgu bahkan jurutera sebelum minat menjadi pensyarah menyusul. Dan akhirnya, blogger blog Lelaki.Com ini seorang guru!

Ini adalah serba sedikit info daripada akhbar hardcopy Utusan Malaysia hari ini di bawah segmen BLOGGER PILIHAN sisipan CITRA ORANG MUDA (.COM) yang sempat aunty tatap.

"Mungkin pembaca ruangan Bogger Pilihan ini selalu mendengar jawapan bahawa kami (blogger-blogger) ini seorang pemalu, kan? Tapi itulah kenyataan." - Hizami

"Saya tidak boleh hidup tanpa laptop dan Internet. Walau dalam bilik saya ada televisyen, saya tetap menonton rancangan kegemaran secara online. Andai ke kawasan yang tiada Internet, saya sanggup pergi ke restoran / kafe yang menawarkan penggunaan Internet." - Hizami

Pesanan Hizami, kepada yang ingin menjadi rakan Facebook sila pastikan cari beliau di alamat http://www.facebook.com/hizami.rahim/.

PS: Kepada yang berminat kenali pemilik blog ini secara lanjut...jangan lupa ketuk pintu dan 'beri salam' dulu ok! ;P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...