Assalamualaikum muslimin dan muslimah yang diredhai-Nya...
Apa khabar ya ukhti ya ikhwan?
Dua hari lepas Nusrat berinai. Ini bukan 'inai paluan kompang' , ini inai 'Reward Yourself'. Dan paling penting sebelum ni pun (rasanya tahun lepas) Nusrat pernah berinai. *Rasanya semua tahu betapa pentingnya untuk kita semua menghargai dan menyayangi diri terlebih dahulu. Eh...ada kaitan ke dengan inai? Hmmm whatever.........anyway sometime we have to reward our ownself and pamper ourself.
Dan semalam seorang user yang nak guna PC (perempuan) di tempat kerja bertanya, " Eh..Kak B kahwin ke? Tak jemput pun saya eh..."
Erk.Secara automatik Nusrat terpandang jari sendiri. Alamak! "Errr .. tak lah. Insyaallah. (Senyum sikit tanda penghargaan sebab dia very alert).
Nusrat ada terbaca mengenai hukum berinai di satu laman. Nusrat kongsikan mana yang penting. Selebihnya anda baca dan Google Sdn Bhd OK!
| BERINAI dilihat sebagai salah satu cara untuk berhias khasnya sewaktu hendak bersanding. Inai digunakan dengan bermacam cara, dan selalunya cara itu meluas mengikut trend semasa. Jika dahulu inai hanya digunakan untuk memerahkan kuku, jejari dan telapak tangan, tetapi sekarang ia lebih menjurus kepada ukiran seperti ukiran berbentuk bunga, hati, bintang dan seumpamanya.
Apakah HUKUM BERINAI dan adakah berinai dengan cara membuat ukiran di tangan itu dibenarkan oleh syara‘? *Terdapat perbezaan hukum berinai bagi lelaki dan perempuan.
Pertama: Hukum berinai bagi lelakiBerinai pada dua tangan dan kaki bagi kaum lelaki hukumnya adalah HARAM kecuali kerana darurat seperti berinai untuk berubat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Salma, khadam Rasulullah SAW, katanya: “Tidak mengadu seseorang kepada Rasulullah SAW tentang sakit di kepalanya melainkan Baginda berkata: “Berbekamlah”, dan tidak mengadu seseorang kepada Baginda tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda berkata: “Inaikanlah keduanya”.
(Hadis riwayat Abu Daud)
"Amalan sesetengah pengantin lelaki berinai di jejari tangannya adalah haram hukumnya."
Manakala berinai pada uban dan janggut adalah SUNAT bagi lelaki, sama ada dengan warna merah atau kuning. Akan tetapi bukan dengan warna hitam, kerana berinai dengan warna hitam adalah HARAM sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhuma:
“Dibawa Abu Quhafah pada hari penaklukan Makkah ke hadapan Rasulullah SAW dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka Rasulullah SAW bersabda: “Ubahkan (warna rambut dan janggut) kamu dengan sesuatu dan jauhi (warna) hitam.”
(Hadis riwayat Muslim)
Kedua: Hukum berinai bagi perempuan.Hukum berinai bagi perempuan adakalanya SUNAT, adakalanya MAKRUH, bahkan adakalanya HARAM mengikut keadaan, status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak dan bagaimana cara perempuan itu berinai.
"Sunat bagi perempuan berinai ketika berihram."
i. Berinai yang sunat
Berinai ketika hendak melakukan ihram bagi perempuan sama ada perempuan tua atau yang muda, yang bersuami atau yang tidak bersuami (janda atau belum berkahwin) hukumnya adalah sunat. Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram.
ii. Berinai yang makruh
Berinai bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak bermaksud untuk berihram hukumnya adalah makruh.
iii. Berinai yang haram
Berinai dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak, seperti berinai dengan warna hitam hukumnya adalah haram. Begitu juga haram berinai bagi perempuan yang berkabung kerana kematian suami.
Nusrat simpulkan di sini, sangat jelas Islam tidak pernah melarang umatnya untuk berhias asalkan berhias itu selari dengan apa yang disyariatkan syara‘. Bahkan Islam sangat sukakan umatnya cantik dan bersih sepanjang masa. Selain menjaga perhubungan sesama manusia, dengan berhias sederhana adakalanya boleh menaikkan tahap self-esteem kita. Insyaallah.
Sumber: http://ijoks2009.blogspot.com/2010/01/hukum-berinai-mufti-brunai.html
PS: Nusrat berinai sekadar meraikan dan manjakan (pamper) diri sendiri! Nampaknya jatuh MAKRUH...Wallahualam. *Apa-apa pun Nusrat suka melawan arus!
No comments:
Post a Comment