Saturday, 21 April 2012

Madinah Munawawwarah Kelebihan dan Sejarah

Assalamualaikum bloggers yang dirahmati Allah SWT...

Mungkin agak lama Nusrat tidak berkongsi mengenai buku. Kebetulan Nusrat bermalam di rumah kedua orang tua. Dan Insyaallah esok sebelum Subuh bergerak ke 'teratak' semula.

Nusrat ingin kongsikan sebuah buku. MADINAH MUNAWWARAH KELEBIHAN DAN SEJARAH. Tulisan Dr. Abdul Basit Abd. Rahman. Terbitan Telaga Biru. Setebal 256 muka surat termasuk ruangan catatan pembaca di bahagian belakangnya.

Seperti selalu, sebaik melihat kaver hadapan, teruja...Nusrat balikkan buku untuk membaca apa yang ada di bahagian belakang buku. Tertulis begini...
**************************************************************
Buku "Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah" ini mendalami sejarah asal usul dan ketamadunan pembinaan pusat perkembangan agama Islam. Di samping itu, pembaca juga dapat mencungkil hikmah yang terdapat di sebalik kewujudan bandar istimewa ini. Jadi sebelum para jemaah merancang atau bercita-cita untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah, ambillah masa untuk meneliti dan membaca buku inibagi menyelami hikmah dan kepentingan Madinah di sisi Islam.

Gambar rajah,peta dan gambar disertakan sebagai panduan dan maklumat berguna buat pembaca. Semua fakta lengkap dengan dalil daripada al-Quran dan hadis sahih.


Dr. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman@Abu Anas Madani
Dilahirkan di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan. Pendidikan awal di Pondok Sungai Durian. Kemudian mendapat ijazah B.A (Syariah), M.A(Syariah) dan Ph.D (Syariah ) dari Universiti Islam Madinah.

Jawatan:
  • Musyrif (penyelia) Pondok Sungai Durian,Kuala Krai Kelantan.
  • Pensyarah Jabatan al-Syariah KIAS kelantan.
  • Pembimbing jemaah haji syarikat Ash-har Travel & Tours.
  • Panel program "Tanyalah ustaz" TV9, "Al-Kuliyyah" TV3 dan penceramah undangan di radio IKIM.fm dalam program "Pondok Warisan".
  • Di samping itu, beliau menerima jemputan ceramah dan kuliah di seluruh negara.
**************************************************************
BAB 1: NAMA DAN KELEBIHAN KOTA SUCI MADINAH

"Ya Allah jadilah kami mengasihi Madinah sebagaimana kami mengasihi Makkah atau lebih lagi, dan sihatkan Madinah (daripada wabak penyakit), dan berilah keberkatan kepada gantang dan cupaknya serta pindahkan humma (penyakit) di Madinah dan jadikan  ia di Juhfah."

Sahih Bukhari no. 3926, Sahih Muslim no. 1376.

Dan menurut satu blog yang Nusrat sempat singgah boleh baca di sini Mesti Baca Buku Ini Sebelum Ke Makkah dan Madinah entri tulisan saudara Muzir di blog beliau Muzir Wordpress.

Dengan 9 bab kesemuanya dan tidak terlalu 'berat' untuk dihadamkan. Dan menurut kata seorang hamba Allah, kualiti kertas buku ini sangat baik. Foto di dalamnya juga jelas dan menarik. Sesiapa yang membaca buku ini, pasti terasa satu 'tarikan' untuk menjejakkan kaki ke Madinah. Sekurang-kurangnya mendapat gambaran. Nusrat sebenarnya tak sempat baca kesemuanya. Sekadar membelek dan terjumpa kesan-kesan lipatan di hujung helaian juga bekas ditanda dengan highlighter berwarna kuning.

Selain itu, Nusrat dapati ada sedikit tulisan di bahagian depan selepas belekan pertama. Tertulis begini...

Istimewa buat: Mami & Abah
Dari: Anak-anak mu
10/4/12
*Ada emotikon senyum di situ*

Dan di sebelah kiri pula tertulis begini....
TERIMA KASIH 
ANAK KU DENGAN
BUKU INI DAPAT
MAMI MEMBACA
DAN MENGHAYATI
AMIN...

Nota: Rupanya ini pemberian adik di bawah Nusrat (kami bertemu sebulan 2/3 kali biasanya kerana tuntutan pengajian) kepada mereka berdua. Terima kasih kerana mewakili kami semua adik beradik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...