"Mimpi, impian, angan-angan dan cita-cita; semua itu berada dalam satu keluarga, walaupun kedudukan mereka berbeza."
Ini antara kata-kata terawal yang tertulis dalam satu artikel akhbar Sinar Harian bertarikh 18 April tulisan kolumnis Farush Khan dalam segmen ‘Di mana bumi dipijak’.
Menurut kamus, mimpi adalah sesuatu yang seolah-olah dialami atau dilihat sewaktu tidur; impian dikaitkan dengan cita-cita yang bukan-bukan; angan-angan mimpi kepada khayalan; sementara cita-cita pula ditafsirkan merangkumi harapan dan kehendak.
Apa pun, elemen-elemen ini bergabung dalam satu senario yang sangat menarik. Hakikatnya semua orang, pada suatu ketika dalam hidup masing-masing, melalui pengalaman mimpi, impian, angan-angan dan cita-cita.
“Saya ada satu impian…………..
Malaysia ini negara Islam dan biarlah kita mencatat sejarah sebagai negara Islam pertama di dunia mencapai status negara maju.”
Ini bukan impian Nusrat! Kalau ada yang belum sedar, ini adalah impian Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.
Dan impian PM itu membuatkan Nusrat mencongak menggunakan kalkulator kecil dan mulakan operasi tambah tolak. Dan sekiranya masih dipanjangkan usia dan rezeki berterusan, Nusrat akan mencapai usia 38 menjelang 2020! Satu angka yang cukup matang rasanya bagi wanita.
Pepatah Inggeris ada menyatakan …. “Life begins at forty.” Tetapi ini khas bagi lelaki.
Pepatah Nusrat ...”Life begins at thirty.” OK..ini khas bagi wanita! ;)
PS: Tinggal 22 hari lagi Nusrat genap 30.
Sumber Artikel: Mimpi impian ada di mana sahaja
No comments:
Post a Comment