Monday, 6 February 2012

Resepsi Penuh Berkat

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua? Nusrat harap semua yang ada di sini dalam keadaan terbaik, sihat sejahtera dan bergembira dengan kurniaan Ilahi. Nusrat pasti ada yang baru sahaja 'mendirikan masjid' bersempena tarikh penuh berkat Maulidur Rasul tempoh hari. Nusrat juga berkesempatan menghadiri majlis sepupu terdekat sebelah ayahanda kami. Memandangkan bonda pengantin perempuan berketurunan Cina maka tema pada malam tersebut dipenuhi dengan tanglung dengan warna merah sebagai tema. Alhamdulillah majlis diberkati juga dengan sedikit tazkirah (perihal keutamaan kasih sayang dalam rumahtangga) dan bacaan doa bagi mendoakan kedua mempelai. Tetamu juga berkesempatan melihat sedikit paparan video montage majlis akad nikah yang berlangsung pada sebelah pagi. Satu lagi majlis kesyukuran yang penuh barakah. Insyaallah.

"Tahniah kepada Afifah & Izuddin. Selamat melayari bahtera rumahtangga kami ucapkan."

"BARAKALLAHU LAKA"

Credit: CGH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...