Salam Maulidur Rasul .... Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini 5 hb Feb 2012 bersamaan hari Ahad. Alhamdulillah dengan sehari bercuti ini moga kita dapat meluangkan masa dengan perbanyakkan selawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. Dan memperingati pengorbanan Baginda Rasulullah SAW sepanjang zaman demi memperjuangkan Islam.
Ayuh berselawat ke atas Nabi SAW
Salah satu kisah menarik mengenai betapa tingginya kasih sayang Rasulullah SAW
Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”
No comments:
Post a Comment