Thursday, 5 January 2012

Ada Apa Dengan 'G'

Ini adalah entri pertama di bawah Label HEALTH. Dan Nusrat cuma singgah sekejap sebelum balik untuk kongsi tentang gastrik / gastritis (G). Untuk makluman ... disebut sebagai 'angin medu' dalam bahasa Ibunda kita. Tak pasti sebenarnya, mungkin juga 'ore Klate' yang mula-mula mencipta terminologi 'medu'. Nak kena Google Search apa makna di sebalik medu. Berdasarkan info dari bonda Nusrat, medu ini ada kaitan dengan angin. Arwah datuk dipercayai pernah 'berdepan' dengan medu. 'Terkedu' juga masa dengar perkataan angin = medu. Ada kaitan dengan pergerakan angin monsunkah? Good news, tak ada kaitan! ;-)

Berita tak baik sangat, setahu Nusrat empat ahli keluarga yang lain juga menghidapi G. Actually few pantang-larang adalah tak boleh makan benda yang sejuk, sayuran yang menjalar e.g; timun, kacang panjang dan sewaktu dengannya, ais (kurangkan kalau boleh), kena avoid Nescafe atau something yang caffein macam kopi. Kalau tak hasilnya...pening nak mun***kepala (lebih kurang) atau perut tak selesa /ala-ala macam ikan kembung. Cuma ada satu perkara yang Nusrat nak confirm....medu ada kesan sampingan ke tidak untuk long term? Ada kaitan ke susah nak mengandung? Isk...jauh Nusrat pergi. <Ralat | harap maaf >

OK, back to the topic...Nusrat cuma nak kongsi tentang G. Mungkin ada antara kalian menghidapinya. Nusrat pun baru nak cari-cari semula dan 'berkenalan' dengan lebih rapat untuk 'get to know' penyakit yang bermula dengan huruf G ini yang rasanya dah dekat setahun hidup bersama tanpa disedari. Grrrrrrrr....Pencarian bermula!

Indirect -info from brother Kevin Zahri. Thanks!
Kesimpulannnya, Nusrat dah faham dan akan sentiasa faham dan bear in mind untuk....
  • makan 5-7x sehari --> kuantiti kecil tapi kerap! (
  • elak makanan pedas
  • elak makanan berminyak
  • makan 'complex food'
  • jangan lupa/tak makan sarapan, makan tghari, malam, dll
  • makan secara seimbang
  • minum banyak H2O (suam lebih baik)
  • .....
  • .......
PS: Jangan lupa bawa bekal ke pejabat. Kalau rasa nak balik rumah semula....cubalah buat-buat lupa, bangun lambat kemudian bekal makanan pun tertinggal di rumah. Nasib baik rumah very close. Bila ingat kena makan 5-7x lil hard since working...quite challenging...dan ini membuatkan kita rasa nak ada S.O.H.O satu hari nanti. Insyaallah....one sweet day!!!


References: 
So what is Gastritis
For SELF-CARE click to read.

"SELAMAT MEMASAK JUA MEMBAWA BEKAL MAKANAN"
&
"MAAF ZAHIR & BATIN KERANA PERLU MAKAN MELEBIHI MASA NORMAL"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...