Friday, 30 December 2011

Perayaan Cinta

Assalamualaikum wahai saudara merangkap calon imam Nusrat satu ketika nanti,

Hari ini penghulu segala hari. Pastinya saudara sudah berwangi-wangi dengan pakaian kemas menzahirkan ketenangan diri untuk menyembah Pencipta kita tatkala solat Jumaat nanti. Harapan moga calon imam sentiasa berada dalam keberkatan Ilahi.

Ada bingkisan kecil untuk saudara. "Selamat menunaikan solat Jumaat."

TIGA PERAYAAN CINTA, SEBUAH USAHA

Buku ini, Barakallahu Laka, Bahagianya merayakan Cinta adalah usaha kecil kita dalam memaknakan pernikahan dengan keberkatan.

Saya cuba menggali makna di sebalik doa diucapkan saudara sekalian kepada para pengantin baru, "Barakallahu laka, wa barakallahu alaika, wa jama'a bainakuma fil khair".

Doa ini terdiri daripada 3 bahagian. Maka buku ini juga saya bahagikan kepada 3 perayaan cinta.


Perayaan Pertama berkait dengan doa kita, 'barakallahu laka' atau 'semoga Allah memberkatimu.'

Perayaan Kedua bahagian daripada doa kita yang berbunyi 'wabarakallahu alaika' atau
'Semoga Allah melimpahkan berkat ke atasmu.'

Perayaan Ketiga mewakili harapan atau bahagian daripada doa. Seru yang berbunyi 'wa jama'a bainakuma fil khair' atau 'semoga Allah menghimpunkan kalian dalam kebaikan.'

Kita sedang menghalakan wajah kita ke satu kata iaitu 'berkat'. Terdapat banyak jalan yang ditawarkan bagi menuju kebahagiaan namun tiada yang menjamin pengakhiran yang baik kecuali kita MEMILIH mengutamakan BERKAT.

Benarlah, berkat itu dalam keadaan apa juga membawa kebahagiaan. Ada cetusan gembira dalam hati, kelapangan di dada, kejernihan pada akal dan rasa nikmat pada jasad! Berkat itu memberikan suasana yang lain dan mencurahkan keceriaan musim bunga walau apa juga masalah yang sedang melanda rumahtangga kita.

Berkat itu membawakan senyuman meski pun air mata menitik-nitik. Berkat itu menusuk rasa rindu di tengah-tengah kejengkelan. Berkat itu memberikan kelapangan dan belaian lembut pada saat dada kita sesak dengan masalah.

Sumber: Bahagianya Merayakan Cinta oleh Salim A.Fillah (Penterjemahan oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...